Wednesday, November 17, 2010

Lihatlah Nabi Ibrahim Dan Ambil Pengajaran Dri Kisahnya Itu! sekadar perkongsian, apa ertinya qurban?

❀ salam.
Ini sekadar perkongsian dari saya.
hari ini aidiladha. Hari raya qorban.
Ustaz Farid Ravi bgi khutbah tadi.
kisahnnya berkisar ttg nabi Allah, Iibrahim a.s.

bnyak butir bicara ustaz yg menyentuh hati.
ttg ketabahan Nabi Ibrahim as mnempuhi ujian demi ujian.
ttg ketakwaan dan keteguhan Nabi Ibrahim as yg tak berbelah bahagi.
Walau ujian demi ujian yang datang.
ttg keutuhan iman keluarga Nabi ibrahim, anaknya Nabi ismail dan isterinya Siti hajar.

dan satu soalan ustaz itu yg terkesan dihati,
" lihatlah hadirin yg dimuliakan, lihatlah kisah nabi Allah ini, dan beliau bertanya , dimanakah kita dihadapan kisah agung nabi Allah ini?"

haa..nk jawab apa? oh, takde jawapan. Saya diam. Dalam hati, ada sayu ada pilu. Hinanya saya.
Saya ni kecik mcm semut klu nk dbndingkan dgn Nabi Ibrahim tu! Allah!
bila lihat keiman Nabi Ibrahim as , bila lihat ketakwaannya dan bila lihat tabah dan sabarnya dia..
sedang ujian buatnya bukan calang-calang!
Bahkan bukan sahaja Nabi Ibrahim yang diuji,
isteri dan anaknya sama teruji. ALLAH...

siapalah kita nk mendabik dada depan Allah, mengeluh,
berkeluh kesah mgatakan ujian ini sgt berat Ya Allah!
tak layaklah kita ( msti ada yg kata, dia tu nabi, kita ni manusia)   

Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan. (http://inijalanku.wordpress.com/2010/11/14/selamat-hari-raya-aidil-adha/)



haa...ambillah pngajarannya...lihatlah nabi Allah itu.
ustaz tu kata,Nabi Ibrahim dapat anak lelaki pada umur 86 tahun hasil perkhwinan dgn siti hajar,
perkahwinan dgn sarah, tak ada zuriat.


“ Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun.
Belum pun puas baginda ‘menimang’ anak sulungnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin.
Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh.
Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya?”

Diceritakan lagi, sewaktu ditinggalkan itu, hajar menarik jubah suaminya itu dan bertanya,
‘‘mengapa kau nak meninggalkan kami di sini ibrahim? Adakah kerana perintah Allah?”
 Nabi Ibrahim menjawab, “ Ya”.
Lantas hajar  melepaskan jubah suaminya yg ditarik tadi.
Berkatalah hajar “kalau begitu, pergilah tuan.
Jika ini memang perintah Allah,
aku yakin DIA tidak akan membiarkan kami menderita.
DIA tidak akan mengabaikan dan mensia2kan kami. DIA pasti akan melindungi kami”



Subhanallah! Lihatlah! Lihatlah betapa tawakkalnya Hajar.
Lihatlah keimanannya, lihatlah akhlak wanita solehah itu....
belajarlah konsep kepasrahan dan pergantungan TOTAL dari siti hajar,
dan buatlah perbandingan dengan diri kita......( diri saya lah)

kemudian, 
Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayahnya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu.
Dapatkah kita gambarkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk ‘mengorbankan’ anak kesayangannya,
setelah terpisah sekian lama?  Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? 

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur.
Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail.
Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu.
Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur.
Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama. 

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani.
Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.


Ya, ujian yang seterusnya juga bukan calang-calang ujian.
Allah suruh korbankan anaknya sendiri!
tp, ada tak ibrahim berkeluh kesah, mntak tangguh ke, ada? takde.... -_-
 padahal, itulah zuriat yg sgt2 dinanti2kannya,
tp Allah suruh korbankan dan baginda dgn lapang dada, dgn sabar, dgn tabah, rela, bahkan bertanya anaknya,
Firman ALlah :


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْيَ قَالَ يٰبُنَيَّ إِنِّيۤ أَرَىٰ فِي ٱلْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤمَرُ سَتَجِدُنِيۤ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّابِرِينَ

Ertinya: Maka tatkala anak itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia)
berusaha bersama-sama dengannya (Nabi Ibrahim), Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!"
 Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati daku termasuk orang-orang yang sabar".
(Surah ash-Shaffat: 102).




ya Allah, mai lihat diri sendiri balik.
mungkin ada antara kita yg sedih dgn kehilangan org2 yg kita sayang,
sama ada yg dah kembali ke pangkuan pencipta YG MAHA ESA, atau yg Allah dah ambil kembali.yg memang bukan hak kita..
dan kita merasa sgt berat ujian yg Allah turunkan tu,
tp, ada tak ALLAH suruh kita sembelih, darah daging kita sendiri? sebagai bukti ketakwaan kita?
darah daging yg kita tunggu mungkin hmpir bpuluh2 tahun!


Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)."
Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

dan berkat keikhlasan Nabi Ibrahim Allah gantikan anaknya dengan seekor kibas, 

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."


wah, tengoklah ketabahan nabi Allah tu dah tengok lah balik kelemahan kita ni......
dan ingat lah, bila kita rasa beratnya ujian yg ALLAH bagi kat kita,
kita jgn pernah lupa, ujian utk kita TAK AKAN PERNAH SEKALI2 SAMPAI KE TAHAP BERATNYA ujian yg dihadapi Nabi Ibrahim!

Konsep ketundukan total kepada perintah Allah ini tergambar jelas dari peristiwa keluarga Nabi Ibrahim a.s. sepertimana yang telah dinukilkan di atas.
Ketundukan inilah yang menyebabkan Hajar bersabar dengan ujian ditinggal oleh suami tercinta di lembah yang tandus bersama anaknya yang masih kecil.
Ketundukan inilah yang menyebabkan Nabi Ibrahim a.s. sanggup menyembelih anak yang amat disayangi.
Penyerahan inilah juga yang mengakibatkan Nabi Ismail a.s. bersedia dikorbankan demi memenuhi perintah Allah s.w.t. Ini semua mereka lakukan dengan patuh walaupun mereka tidak mengetahui hikmah di sebalik perintah tersebut. Adakah kita menghayati hakikat ketundukan total ini dalam kehidupan kita?

~ ni baru kisah seorg nabi, masih bnyak lagi yg boleh kita pelajari dri kisah nabi2 lain~
~ cukuplah celoteh saya takat disini~


bacaan lain yang bermanfaat..klik2x...

Saturday, November 13, 2010

blog ini.

blog ini saya tulis, sekadar satu perkongsian.
perkongsian apa yang saya tahu.
perkongsian apa yang saya tak dapat luahkan di dunia nyata.
perkongsian apa yang saya rasa.
perkongsian apa yang saya apa yang saya ingin tulis.

saya sekadar berkongsi.
maaf jika ada yang terlanjur bicara dan terover,
klu ada yg tak kena gaya.
tegurlah bila tersalah.

Fadhilat Makan lebihan nasi mak ayh atau anak..??

*re-post frm Ohislam*

Fadzilah Kamsah: Makan lebihan nasi ibu atau anak.

Assalammualaikum.

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen belen (sisa-sisa) nasi yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen. Tapi taklah selalu, secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah. Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan. Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain. Samada kami perasan atau tidak. So satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak.

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami sebelah abah). Kata mak, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapa. Dan saya sendiri akui kesannya. Makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapa kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah, kena tengking, memang kami adik beradik diam membisu jer lah.
Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul. Mak pesan, dah ada anak sendiri esok… jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak. Samalah ceritanya dan mak kata juga, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik.

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat Maghrib ialah mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka.
Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu Maghrib. Kalau ada lebih dari seorang anak, suruh seorang azan dan seorang Qiam. Kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat.

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang. Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jemaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya. Inilah yang paling berkesan sekali. Tak caya try buat. Solat jemaah dengan anak-anak tiap kali Maghrib…dapat semua waktu lagi baik. Sangat besar ‘rahsia’ peranan dapur dan juga kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu Maghrib.

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! Good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others and those to others again and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu is from my weaknesses. Do import this knowledge; you’ll lose nothing.
Wallahu A’lam.


Wallahu A’lam.

membina keluarga bahagia mengikut acuan islam - antaranya solat maghrib berjemaah!

Saturday, November 6, 2010

janganlah pernah tanya, Allah tak sayangkan saya ke?

biarlah apa pun jadi, jangan buruk sangka..



biarlah, biar...
biar seberat mana ujian datang,
biar sekuat mana kamu diduga,
biarlah sesedih dan sederita mana hatimu,
 janganlah pernah buruk sangka dengan Allah..
janganlah, ya Allah, moga2 Allah pelihara dan Allah jauhkan kita dri berburuk sangka padaNYA...
perancanganNYA tiada yg buruk, tiada yang salah.

janganlah bertanya "tak sayangkah Allah pada saya?"

dan janganlah pula berkata ;
"dan bila Allah menetap ini, awak masih nk kata Allah sayangkan saya?"
Astaghfirullah Al-Azim...
istighfarlah, mengucaplah.
bila kamu tanya begini, dan bila terlintas di hati kamu ini, 
seolah-olah kamu dah putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah!

ya Allah,
diriku dan hatiku,
sahabatku,
janganlah pernah ragu akan kasih sayangNYA..
janganlah pernah kita mpertikai takdirNYA...
jnganlah sayang,
jangan sekali sekali pernah,
moga2 apa pun yang datang dariNYA,
apa pun yang DIA bagi,
apa pun yang JADI,
apa pun yg DIA ambik balik,
moga kita tak pernah terlintas di hati, 
Allah tak sayangkan saya.. ;(

janganlah pernah ada sekelumit pun rsa itu.
jnganlah pernah buruk sngka pada ALLAH..
itu semua bukan pinta kita,
itu semua bukan kehendak kita,
tapi itu semua ketentuan Allah,
itu semua kehendak Allah,
Allah tu, tuhan kita.
Allah yang ESA, THE ONE AND ONLY,
yang kita mnghadap hari2,
yang patutnya kita letak pengharapan dan pgantungan yg tak pernah tgugat dek apa pun.
yang patut kita percaya sepenuh hati..

janganlah kita biar, apa pun ujian kehidupan, 
mengugat kepercayaan dan mencabut iman dalam hati!

biarlah sekuat mana pun ujian, jngan prnh buruk sngka..
semuanya ada hikmah, semuanya ada sebab...
mungkin inilah cra dia nk tunjukkan sesuatu, mungkin ini cara dia nk uji dan tambah iman..
"selagi bergelar hamba, kamu layak dan patut diuji"

jangan, jangan pernah biar ujian melemahkan iman...
dan jgn slah faham tak semua kwan2 kamu yg bahagia gembira tu, sbab Allah syg,
mngkin Allah uji mereka dgn kejayaan dan kesenangan,
tp Allah duga kamu dgn sedikit kesedihan dan kegagalan..
perancangan Allah tak ada yg salah.
ketentuan Allah tak ada yang buruk.

dan, memang, memang Allah sayang kamu!
Allah sayang kamu LEBIH daripada mana2 makhluk pun kat muka bumi ni.

sekadar perkongsian dari saya, dan 
~ peringatan buat diri yang sedang diuji ~
❤semoga dengan ujian kita bukan semakin jauh dariNYA, tp lebih dekat padaNYA ❤

Thursday, November 4, 2010

berhenti menjadi juri..

ya..berhentilah...
berhentilah menjadi juri pada kehidupan orang lain..
berhentilah menjadi hakim pada apa yg dilakukan insan lain..
acap kali kita menjatuhkan hukuman tanpa kita sebenarnya tahu apa yg berlaku..
sering kali kita melontarkan tohmahan dan paling tidak pun,  anggapan buruk tentang apa yg berlaku pada orang lain..
padahal..
HAKIKATNYA!
kita tak pernah tahu apa yang berlaku...
kita dengar butir bicara sebelah pihak, dan hati kita langsung dengan mudah menjatuhkan hukuman pada sebelah pihak lagi..
pernahkah terdetik di hati apa rasanya dia?
apa sebenarnya yg berlaku?
apa agaknya yang dia rasa, yg dia rahsiakan?

sudahlah, jangan selalu benar kita menghukum kehidupan org lain..
kehidupan insan2 yang tidak kita kenali terutamanya....
kehidupan insan2 yang tidak pernah kita telusuri jalan pahitnya..
dan bila kita merasa, barulah kita akan tahu...
dan sementara itu, jangan berbicara sehendaknya, dan janganlah pula kita mahu jadi hakim di gelanggan sebuah kehidupan...

biarlah Allah yang mengadili lantaran DIA yang MAHA MENGETAHUI..

Sunday, October 24, 2010

Berilah Kerana Allah .

Seringkali saya berdepan dengan situasi di mana manusia mudah berasa kecewa apabila jasa baik mereka tidak berbalas.
Baik sewaktu berada di sekolah, pusat pengajian tinggi sehinggalah di tempat kerja, sesama kaum kerabat, rakan dan jiran.

Sering terdengar kekesalan dan keluhan, "Dahulu sewaktu dia dalam kesusahan bukan main baik minta pertolongan kepada kita, kita pun berbesar hati tolong dia; sekarang bila tiba giliran kita dalam kesusahan langsung dia tidak ingat, apatah lagi hendak menghulur bantuan."

Seolah-olah timbul penyesalan kerana telah bersusah-payah memberi pertolongan kepadanya suatu ketika dahulu. "Kalau tahu perangai dia macam ni, sejak dulu lagi tak patut dibantu."
Seakan-akan menjadi lumrah manusia, apabila diminta melakukan sesuatu, maka pasti dia akan menimbang-tara antara kos dan manfaat. Kos yang perlu ditanggung dan manfaat yang akan diperoleh.
Kadangkala apabila saudara kita memohon pertolongan, antara perkara pertama yang akan kita fikirkan ialah adakah kelak bila kita dalam kesusahan dia akan tolong kembali.
 Itu yang utama.

Kerana untuk menolongnya, pasti kita terpaksa menanggung beban masa, tenaga dan mungkin juga wang. Jadi sekiranya kita mencurah masa, tenaga dan wang untuk membantunya; perlulah kelak menerima balasan setimpal. Sekurang-kurangnya bila kita susah, dia juga patut melakukan perkara sama.

Apabila bantuan telah diberi dan tiba kitaran waktu kita pula dilanda musibah, rasa kecewa memuncak di hati sekiranya bantuan yang kita pinta dari insan yang telah kita bantu dahulu ditolak.

"Dulu dia susah kita yang tolong, sekarang dah senang dia lupa kita."

Akibatnya ramai yang menjadi kecewa, dan budaya tolong menolong antara satu sama lain diganti dengan budaya penting diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Kita akan hanya berkorban jika habuannya setimpal atau lebih besar. Budaya ini menular hebat dalam masyarakat; daripada penuntut-penuntut ilmu di pusat pengajian sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin politik.

Adalah menjadi fitrah manusia itu akan senantiasa pertimbang kos dan manfaat, baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Cuma malang sekali apabila manfaat tersebut dilihat dari neraca duniawi. Habuan yang diharapkan semuanya dalam perkara keduniaan: harta, pengaruh dan lain-lain.

Sebelum kita memberi wang bantuan yang dipinta umpamanya, kita akan berfikir kelak apabila kita susah adakah dia akan memberi wang bantuan juga? Adakah dia akan meluangkan masa membantu kita pula? Bolehkah dia mengembangkan pengaruh kita? Dan pelbagai lagi persoalan keduniaan yang bermain.

Kita lupa kepada ganjaran syurga dan pahala yang jauh lebih hebat. Hati kita lebih tertarik kepada kesenangan duniawi yang apalah sangat berbanding kesenangan Akhirat. Apabila tidak pula mendapat kesenangan duniawi itu, kita merasa kecewa pula. Adakah patut kita kecewa kerana dunia? Lupa pada Akhirat?


Allah menceritakan keadaan orang-orang baik (al-Abraar) di dunia dan balasan mereka di Akhirat kelak:
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6] Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
 [7] (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
 [8] Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
 [9] (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
 [10] "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
 [11] Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
 [12] Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[Surah Al-Insaan; 76: 5-12]

Fokus kepada ayat 8 sehingga ayat 10. Pada ayat 8, Allah menceritakan bagaimana orang-orang baik ini memberi makanan yang mereka perlu dan mereka suka kepada orang lain yang lebih memerlukan; iaitu fakir miskin, anak-anak yatim dan tawanan perang. Lihat bahawa orang-orang soleh ini memberi apa yang mereka perlu dan suka. Itu baru kebajikan sebenar, seperti firman Allah:

[92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Surah Ali Imran; 3: 92]


Bukan seperti kebanyakan kita yang hanya memberi apa yang kita sudah tidak mahu lagi. Kebajikan sebenar ialah apabila kita berkorban apa yang sangat kita sayangi dan sukai.
Bukan itu sahaja, setelah orang-orang baik ini memberi apa yang sangat mereka sayangi, pada ayat 9 mereka berkata pula bahawa pemberian mereka adalah kerana Allah semata-mata, dan mereka tidak sedikit pun mengharap balasan daripada orang yang telah dibantu, bahkan ucapan terima kasih pun mereka tidak mahu.

Ramai antara kita yang mudah melatah sekiranya orang yang kita bantu tidak ucap terima kasih, bahkan ramai yang sebenarnya mengharapkan balasan sesuatu daripada orang yang dibantu.
Sedangkan orang-orang yang baik itu mereka adalah sebaliknya. Jangankan balasan bantuan, ucapan terima kasih pun tidak mahu.
 Itulah semata-mata kerana Allah!
Pada ayat 10, diterangkan bahawa orang-orang soleh ini, apabila memberi bantuan, mereka hanya mengharap balasan daripada Allah! Mengharap kepada kasih dan rahmat Allah agar mereka selamat dan mendapat layanan baik dari Allah pada Hari Pembalasan - pada hari tersebut Allah menimpakan azab di mana orang-orang jahat akan berkerut wajah mereka kerana pedihnya dan beratnya azab hari tersebut.

Moga-moga Allah akan kasihankan orang-orang baik atas segala bantuan yang pernah mereka lakukan dahulu semata-mata kerana Allah tanpa mengharap apa-apa balasan. Maka pada ayat-ayat berikutnya Allah menceritakan bagaimana orang-orang baik ini mendapat ganjaran-ganjaran yang sangat hebat: Syurga dan diceritakan pula segala isinya yang akan dinikmati mereka.

Aduhai celakalah kita kerana tertipu dengan dunia. Mata hati kita tertutup daripada melihat kehebatan Syurga dan kehinaan dunia. Akhirnya berapa banyak persaudaraan dan persahabatan yang putus kerana kecewa akibat pertolongan yang tidak berbalas.

Marilah sama-sama membudayakan amalan orang-orang baik; berilah semata-mata kerana Allah!
Lupakan balasan dunia, utamakan ganjaran Akhirat.
 Moga-moga kita tidak akan lagi dilanda kekecewaan dalam hidup, dan moga-moga Allah berasa kasihan kepada kita pada Hari Pertemuan dengan-Nya nanti.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1013-berilah-kerana-allah.html

Saturday, October 16, 2010

sembang - sembang

Sembang pertama

Kami bercerita tentang masa depan; nama bakal anak, ciri-ciri suami atau isteri pilihan, azam selepas berkahwin dan lain-lain lagi.

''Aku nak isteri hot dan alim'', kata seorang kawan aku.
Kemudiannya, aku menyampuk, ''Aku pun nak suami alim dan hensem (pada mata aku)''.

Siapa yang tak mahu pasangan yang baik, alim dan beriman. Semua orang mahu. Aku mahu, dia mahu, mereka mahu, kita semua mahu. Tapi, sila tepuk dada sendiri, adakah kita layak mendapat pasangan yang baik sedangkan diri kita sendiri masih berenang-renang dalam keseronokan dunia?

Allah berfirman, ''Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Allah dah berjanji kepada kita semua, pasangan kita iA baik jika kita sendiri baik. Persoalan seterusnya, bagaimanakah caranya untuk menjadi baik? Bagaimanakah seseorang itu dicop sebagai seorang yang baik? Adakah kita boleh melihat cop 'BAIK' di dahi sesetengah manusia? Pastinya cop 'BAIK' itu terletak pada tinggi budi pekerti, akhlak yang mulia, hati yang tidak busuk, patuh pada perintah Allah s.w.t dan yang paling penting, meninggalkan segala larangan-Nya.

Namun, bukanlah tujuan kita menjadi baik, semata-mata nak mendapatkan pasangan yang baik. Skop niat tersebut terlalu kecil, sebabnya kita perlu ingat apa sahaja yang kita buat dalam dunia ini, niat utama kita hanyalah semata-mata untuk Allah s.w.t.

“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. ''

Selalu dah kita mendengar takpun membaca tentang hadis 1 Imam Nawawi di atas, Allah s.w.t hanya akan memberikan apa yang kita mahu berdasarkan niat kita, tiada salahnya jika kita berniat untuk mendapatkan sesuatu balasan atas segala perbuatan kita, namun janganlah kita lupa tujuan pertama kita hanyalah untuk mendapat keberkatan dan rahmatNya.

Sembang kedua

Merokok. Satu isu yang boleh dikatakan agak kontroversi, baik dari konteks kesihatan, agama dan budaya. Aku rasa lebih daripada 50% perokok berazam untuk berhenti merokok, namun masih lagi merokok. Kempen anti merokok yang dijalankan di Malaysia, entahlah apa kesannya. Kawanku memberitahu, even model iklan kempen' Tak Nak?' adalah seorang perokok tegar.

Tipulah jika aku katakan, mahu berhenti merokok adalah semudah ABC. Aku pelajar medic, sudah pastinya tahu akan withdrawal symptoms yang akan dihadapi oleh perokok jika tidak merokok. Perkataan yang paling mudah, merokok itu addicting. Manakan tidak, pernah aku jumpa seorang mak cik tua yang sakit di hospital yang boleh menghisap rokok sehingga 60 batang sehari!

Aku pasti ramai budak lelaki yang merokok berazam untuk berhenti mencucuh sejurus sahaja lepas berkahwin. Itu satu azam yang bagus. Ya, sangat bagus. Tarikan 'External Force' iaitu sang isteri yang sangat kuat membantu si suami berhenti merokok. Selalu juga mendengar cerita sebegini. Tapi, bila difikirkan semula, berapa kerat lelaki dalam dunia ni yang merokok agak-agak 20 batang dalam sehari berhenti sejurus selepas akad nikah selesai (bagi can lah at least sebulan after nikah)?

Selagi tiada bala jatuh ke riba, selagi itu hembusan asap berkepul-kepul keluar dari mulut. Selagi tidak jatuh sakit, selagi itu kotak rokok di poket. Namun, ada lagi manusia yang masih tidak serik-serik, sakit setenat mana, rokok pasti terselit di jari.

Kesimpulan sembang 1 & 2

''Aku nak solat or puasa penuh/aku nak stop smoking/aku nak stop minum arak/aku nak pakai tudung/aku nak stop pakai sexy selepas aku kahwin inshaALLAH.''

Sekali lagi aku katakan, azam yang sangat bagus. Tapi, siapa kita yang ada kuasa untuk tentukan panjang mana hayat kita? Maknanya, jika kita tidak berkahwin hingga tua adakah bermakna kita akan melakukan dosa sehingga tua, mengumpul dosa sehingga tinggi mengalahkan gunung Everest? Naudzubillah min dzalik, apa pula jika umur kita dengan takdir Allah dipendekkan, tak sempat melangkah ke alam perkahwinan? Maut yang datang sebelum kita sempat berubah, berubah menjadi baik. Alangkah sedihnya.

Perubahan. Perubahan diri sememangnya memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Internal dan external force. Perubahan bukanlah sesuatu benda yang boleh berlaku sepantas kilat (mungkin boleh dengan izin Allah). Sedangkan, Rome bukan dibina dalam masa sehari. Perubahan sedikit demi sedikit dan berterusan adalah lebih baik dari perubahan yang drastik namun sustainability level yang rendah. Pernah dengar perkataan futur? Futur dalam bahasa ringkasnya, berhenti atau kurang dari melakukan sesuatu yang baik yakni ibadah akibat hilang semangat.

“Setiap amal itu ada masa semangat dan masa lemahnya. Barangsiapa yang pada masa lemahnya ia tetap dalam sunnah (petunjuk) ku, maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu, berarti dia telah celaka.” (Musnad Imam Ahmad, 2/158-188)

Manusia, pasti ada ups and downs nya. Namun, jangan biarkan jatuhnya semangat kita menjauhkan diri kita dari Allah s.w.t. Takutnya aku jika mendapat kecelakaan dari Allah. Takutnya lagi jika Allah akan lalaikan kita di dunia ini, dan pang! semua balasan diberikan di akhirat kelak. Takut sangat, takut sangat-sangat!

Penutup

Aku tahu, diri aku sendiri masih merangkak-rangkak dan berusaha sedaya upaya untuk berubah. Aku tak mahu perubahan diri semata-mata hanya untuk orang lain, tapi untuk kesenangan diri aku sendiri. Supaya hidup aku diberkati Allah. Aku tidak mahu berubah hanya kerana ingin berpura-pura menjadi baik, supaya orang lain memandang tinggi pada diri kita atau sekadar nak memuaskan hati orang lain.

Kekuatan untuk berubah sememangnya datang dari Allah s..w.t, tapi kita perlu tahu pemikiran kita, perbuatan kita percakapan kita dan orang sekeliling adalah antara faktor-faktor yang mendorong kita berubah.

Jom kita mulakan usaha kita sikit-sikit dan berterusan. Kita nak mantain dan juga increase the output! Kalau merokok sekarang ini sehari 15 batang, cubalah kurangkan 10 batang. Kalau sekarang baju atas punggung, mungkin selepas ini kita pakai baju paras punggung dahulu.

Tak perlu tergopoh gapah, satu langkah pada satu masa, tapi yang pastinya teruskan melangkah, jangan sesekali berhenti.

****

The Ins And Outs Of Ups And Downs.com



http://www.facebook.com/note.php?note_id=146388252047868
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...