Saturday, January 1, 2011


Ulama tasawuf berkata:

“Biarlah sedikit amalan beserta rasa takut pada Allah, kerana itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tidak ada rasa takut dengan Allah. Lebih baik orang yang merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa telah cukup dengan amalan itu.”

sahabat....

. . . ♥ . . . ♥ . . . ♥ . . . ♥ . . . ♥ . . .
S A H A B A T..

Bila kau letih dan hilang semangat dalam kehidupan,

ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,

ALLAH telah mengira titisan air matamu. 

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,

ALLAH setia di sisimu.

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,

ALLAH adalah jalan penyelesaiannya.

Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa..

ALLAH adalah jawapannya..

ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian..

ALLAH memberi kedewasaan bila ada masalah,

ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan,

ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yg lebih baik..

CINTA KERANA ALLAH TIADA AKHIRNYA ✰ syukran Ya RABB ~♥♥
ღ(。◕‿◕。)ღ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...