Sunday, May 15, 2011


~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~

Ya orang boleh tolong kamu.
Orang boleh nasihat kamu.
Orang boleh motivate kamu.
Dan kamu boleh dengar dan angguk angguk.
Tapi orang tak boleh bantu kamu.
Kalau diri kamu sendiri dah putus asa.
Kalau hati kamu sendiri kata kamu dah “tak kuasa”.
Masa tu takde orang lagi yang boleh tolong kamu.
Bila kamu dah putus ada.
Bila kamu dah hilang harapan.
Tangan-tangan yang dihulurkan sesiapa pun tak akan dapat membangunkan kamu.Kalau kamu sudah tak mahu tolong diri sendiri.
Kasihanilah orang orang yang cuba tolong kamu.
Jangan lupa mereka manusia.
Ada hati dan perasaan.
Ada had dan batasan.
Jangan terlalu berkeras menurut hati kamu.
Sehingga membuat hati mereka sudah tak upaya nak membantu kamu.
Orang lain boleh tolong kamu, tapi itupun kalau kamu benarkan orang lain tolong kamu.

ya. saya sayang kamu.
bukan saya dah fed up.
cuma saya dah tak tahu nak cakap apa lagi…
kenapa kamu nak biar seorang lelaki,
membuat kamu melihat hidup kamu sudah tak ada apa-apa?
 membuat kamu merasa kamu sudah hilang segala-galanya??
maaf bila saya sudah tak mampu membuat kamu optimistik. :(

Saturday, May 14, 2011

hawa, jangan berkecil hati...


~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~

hawa,
jangan berkecil hati saat ada laki-laki yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga diri.
andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong, menjual mahal.
maka biarlah. dan diamkanlah..
jangan kau terasa hati,
lantas memurahkan diri..
jangan hawa.
jangan begitu mudah berpaling.
jangan begitu mudah berubah arah.

laki-laki.
maaflah bila kami bukan jenis yang happy go lucky.
maaflah bila kami bukan jenis yang bubbly.
maaf juga bila kami jenis yang pendiam.
membosankan bila diajak bicara.
tidak up to date dipandangan mata.
tidak mempersona.
dengan cara dan gaya.

maaf.
bila itu menjengkelkan kamu.
bila itu bukan pilihan kami.
bila kami memilih untuk menjauh.
bila kami memilih untuk menjarak.
bukan kerana kami menyombong.
tapi kerana kami takut.
menjadi fitnah buat kamu,
tanpa kami sedari..
tapi kerana kami bimbang.
menjadi pelemah iman laki-laki ajnabi tanpa kami sedar diri.
laki-laki,
andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami ;
membentengi diri,
membina tembok melindungi hati..
jangan tersalah tafsir tingkah kami.
sungguh menjadi fitnah buat laki-laki adalah ketakutan dan kebimbangan yang selalu mengekori kami…

it is ok to let go.


 ~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~

it is ok to let go.
ada yang kata,
kalau jumpa seseorang yang tepat,
jangan lepaskan.
kalau lepaskan, mungkin dia tak akan datang kembali.
mungkin yang datang kemudian hari tak akan sama lagi.
tapi,
bila seseorang yang mungkin tepat itu datang,
bukan pada masanya.
it is ok to let go.
sebab kamu tak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.
pada saya, tak apelah untuk melepaskan..
siapa kita mahu memegang hati seorang insan?
kita cuma manusia.
perasaan itu mungkin cuma mainan.
sedang jodoh sudah pasti suatu ketentuan.
apa guna mengikat andai bukan dengan akad?
apa erti menyimpan andai bukan perkahwinan menjadi matlamat?
lepaskan. serahkan pada DIA. rahsiaNYA, ketentuanNYA.

ya Allah,
bantulah kami melepaskan..
bantulah kami melupakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...