~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~
Andai kau hidup pada 14 februari... (Maksudnya esok lah...)
Segala puji bagi Allah yang masih memberikan peluang dan kesempatan padamu,
Membuka mata, melihat dunia....
Menghela nafas, menghirup udara....
Andai kau masih hidup esok hari...
Segala puji bagi Allah, yang masih mahu memberikan kau peluang dan kesempatan..
Walau DIA sebenarnya berhak, andai DIA mahu mencabut nyawamu,
Mengambil kau kembali ke sisiNYA....
Sungguh, sedarlah diri wahai insan,
لا حول ولاقوة إلا بالله
tidaklah ada daya upaya melainkan dengan bantuan dan kudrat dari Allah semata-mata!
Andai kau masih hidup pada 14 Februari...
Bangunlah dari tidurmu dengan hati penuh rasa syukur,
Kerana masih dipinjamkan nyawa...
Bukalah mata dengan hati penuh kesyukuran,
Kerana masih belum ditarik nikmat melihat....
Berjalanlah penuh tawadduk,
Kerana masih berupaya, tidak pula kau lumpuh tiba-tiba.....
Andai kau masih hidup pada 14 Februari...
Jangan kau khinati nikmat Ilahi...
Jangan kau turuti jejak langkah iblis dan kaum-kaum kafir...
Dengan bercita-cita menyambut ‘Hari Kekasih’
Jangan kau terPedaya dengan propaganda orang-orang kafir...
Sesiapa yang menyambut perayaan ini, maka dia termasuk dari kalangan kaum tersebut. Kita barang kali tidak sedar dengan amaran Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) ".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka." –Hadis riwayat Imam Abu Daud (Kitab al-Libaas, hadis no.3512) dan Imam Ahmad (Musnad al-Muktsirin minal-Sahabah, hadis no.4878)
Sungguh aku terkilan melihatmu...
saat pada 14 Februari..
Kau bersusah payah, mengatur acara menyambut perayaan orang kafir...
Kau berhias indah, dengan pakaian baru mu berwarna merah...
Walau dihambat pelbagai tugasan, kau masih memaksa diri, bersusah payah, kau mencari hadiah...
Walau kepenatan, kau gagahi meraikan 14 Februari dengan seorg yang kau anggap kekasih hati...
Sungguh, sedih hatiku.....
Betapa melihat begitu sungguhnya kau berusaha...
Sedangkan pada esoknya...
Pada 15 Februari, bersamaan 12 Rabiulawal..
Mungkin kau terlupa...
Itulah hari MAULIDUR RASUL...
YA! Hari kelahiran Kekasih Allah...
Hari kelahiran seorang nabi, yang sangat menyayangi umat Baginda..
Saat kau tak mahu bangun dari tidurmu,
Saat aku tarik tanganmu,
Saat aku mengajakmu, meraikan maulid nabi...
Kau mengeluh," aku penat, aku letih..."
"Semalam, aku berseronok hingga lewat..."
"Semalam aku bercanda hingga keletihan.."
"Aku malas, aku penat, aku tak larat.."
Alasanmu yang menyentap hatiku...
Betapa sanggupnya engkau...
Di hari Valentine, kau bersungguh-sungguh meraikannya...
Dihari kelahiran seorang Nabi, kau memilih untuk berehat-rehat...
Bermalas-malas dikatil, walaupun diberi cuti, tiada langsung niatmu meraikan Hari Kelahiran Baginda..
~~~...sungguh, sampainya hatimu... ~~~
"14 febuari 2011,
baju mu merah.baru & berbau kedai.
Sejambak bunga & sekeping coklat.
Kerana hari ini ADALAH HARI BESAR SEORNG PADERI
ST. Velentino.
Penuh makna bg mu....
15 febuari 2011
baju mu hitam.kusam & berbau hapak.
Tiada segaris senyum pun di bibirmu.
Kerana hari ini HANYALAH HARI MAULIDUR RASUL
MUHAMMAD BIN ABDULLAH.
Tiada makna bg mu.""
~ Amirudin Othman & Faten Abduh ~
Pabila manusia menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah, bermakna diri sengaja menempah nerakaNya. Sebutir debu dari nerakaNya mampu mengeringkan seluruh samudera di dunia. Apinya menjulang tinggi, panas membahang hingga terpaksa disejukkan sebanyak dua kali dalam lautan sebelum turun ke dunia. Apakah kamu masih tegar menghalalkan sesuatu yang haram? Masih tegar menghalalkan Valentine's Day?!!
~ Sunnah Pejuang~
Bagaimanakah kau begitu tega memperingati seorang paderi, sedang kau begitu berkira menyambut kelahiran seorang Nabi? Nabi Muhammad s.a.w..
Andai kau hidup lagi pada 14 Februari nanti........
jangan lah kau kufuri nikmat Allah yang meminjamkan kehidupan dengan meraikan 14 Februari...
No comments:
Post a Comment