Sunday, October 24, 2010

Berilah Kerana Allah .

Seringkali saya berdepan dengan situasi di mana manusia mudah berasa kecewa apabila jasa baik mereka tidak berbalas.
Baik sewaktu berada di sekolah, pusat pengajian tinggi sehinggalah di tempat kerja, sesama kaum kerabat, rakan dan jiran.

Sering terdengar kekesalan dan keluhan, "Dahulu sewaktu dia dalam kesusahan bukan main baik minta pertolongan kepada kita, kita pun berbesar hati tolong dia; sekarang bila tiba giliran kita dalam kesusahan langsung dia tidak ingat, apatah lagi hendak menghulur bantuan."

Seolah-olah timbul penyesalan kerana telah bersusah-payah memberi pertolongan kepadanya suatu ketika dahulu. "Kalau tahu perangai dia macam ni, sejak dulu lagi tak patut dibantu."
Seakan-akan menjadi lumrah manusia, apabila diminta melakukan sesuatu, maka pasti dia akan menimbang-tara antara kos dan manfaat. Kos yang perlu ditanggung dan manfaat yang akan diperoleh.
Kadangkala apabila saudara kita memohon pertolongan, antara perkara pertama yang akan kita fikirkan ialah adakah kelak bila kita dalam kesusahan dia akan tolong kembali.
 Itu yang utama.

Kerana untuk menolongnya, pasti kita terpaksa menanggung beban masa, tenaga dan mungkin juga wang. Jadi sekiranya kita mencurah masa, tenaga dan wang untuk membantunya; perlulah kelak menerima balasan setimpal. Sekurang-kurangnya bila kita susah, dia juga patut melakukan perkara sama.

Apabila bantuan telah diberi dan tiba kitaran waktu kita pula dilanda musibah, rasa kecewa memuncak di hati sekiranya bantuan yang kita pinta dari insan yang telah kita bantu dahulu ditolak.

"Dulu dia susah kita yang tolong, sekarang dah senang dia lupa kita."

Akibatnya ramai yang menjadi kecewa, dan budaya tolong menolong antara satu sama lain diganti dengan budaya penting diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Kita akan hanya berkorban jika habuannya setimpal atau lebih besar. Budaya ini menular hebat dalam masyarakat; daripada penuntut-penuntut ilmu di pusat pengajian sehinggalah kepada pemimpin-pemimpin politik.

Adalah menjadi fitrah manusia itu akan senantiasa pertimbang kos dan manfaat, baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Cuma malang sekali apabila manfaat tersebut dilihat dari neraca duniawi. Habuan yang diharapkan semuanya dalam perkara keduniaan: harta, pengaruh dan lain-lain.

Sebelum kita memberi wang bantuan yang dipinta umpamanya, kita akan berfikir kelak apabila kita susah adakah dia akan memberi wang bantuan juga? Adakah dia akan meluangkan masa membantu kita pula? Bolehkah dia mengembangkan pengaruh kita? Dan pelbagai lagi persoalan keduniaan yang bermain.

Kita lupa kepada ganjaran syurga dan pahala yang jauh lebih hebat. Hati kita lebih tertarik kepada kesenangan duniawi yang apalah sangat berbanding kesenangan Akhirat. Apabila tidak pula mendapat kesenangan duniawi itu, kita merasa kecewa pula. Adakah patut kita kecewa kerana dunia? Lupa pada Akhirat?


Allah menceritakan keadaan orang-orang baik (al-Abraar) di dunia dan balasan mereka di Akhirat kelak:
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
[6] Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
 [7] (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
 [8] Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
 [9] (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
 [10] "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
 [11] Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
 [12] Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[Surah Al-Insaan; 76: 5-12]

Fokus kepada ayat 8 sehingga ayat 10. Pada ayat 8, Allah menceritakan bagaimana orang-orang baik ini memberi makanan yang mereka perlu dan mereka suka kepada orang lain yang lebih memerlukan; iaitu fakir miskin, anak-anak yatim dan tawanan perang. Lihat bahawa orang-orang soleh ini memberi apa yang mereka perlu dan suka. Itu baru kebajikan sebenar, seperti firman Allah:

[92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
[Surah Ali Imran; 3: 92]


Bukan seperti kebanyakan kita yang hanya memberi apa yang kita sudah tidak mahu lagi. Kebajikan sebenar ialah apabila kita berkorban apa yang sangat kita sayangi dan sukai.
Bukan itu sahaja, setelah orang-orang baik ini memberi apa yang sangat mereka sayangi, pada ayat 9 mereka berkata pula bahawa pemberian mereka adalah kerana Allah semata-mata, dan mereka tidak sedikit pun mengharap balasan daripada orang yang telah dibantu, bahkan ucapan terima kasih pun mereka tidak mahu.

Ramai antara kita yang mudah melatah sekiranya orang yang kita bantu tidak ucap terima kasih, bahkan ramai yang sebenarnya mengharapkan balasan sesuatu daripada orang yang dibantu.
Sedangkan orang-orang yang baik itu mereka adalah sebaliknya. Jangankan balasan bantuan, ucapan terima kasih pun tidak mahu.
 Itulah semata-mata kerana Allah!
Pada ayat 10, diterangkan bahawa orang-orang soleh ini, apabila memberi bantuan, mereka hanya mengharap balasan daripada Allah! Mengharap kepada kasih dan rahmat Allah agar mereka selamat dan mendapat layanan baik dari Allah pada Hari Pembalasan - pada hari tersebut Allah menimpakan azab di mana orang-orang jahat akan berkerut wajah mereka kerana pedihnya dan beratnya azab hari tersebut.

Moga-moga Allah akan kasihankan orang-orang baik atas segala bantuan yang pernah mereka lakukan dahulu semata-mata kerana Allah tanpa mengharap apa-apa balasan. Maka pada ayat-ayat berikutnya Allah menceritakan bagaimana orang-orang baik ini mendapat ganjaran-ganjaran yang sangat hebat: Syurga dan diceritakan pula segala isinya yang akan dinikmati mereka.

Aduhai celakalah kita kerana tertipu dengan dunia. Mata hati kita tertutup daripada melihat kehebatan Syurga dan kehinaan dunia. Akhirnya berapa banyak persaudaraan dan persahabatan yang putus kerana kecewa akibat pertolongan yang tidak berbalas.

Marilah sama-sama membudayakan amalan orang-orang baik; berilah semata-mata kerana Allah!
Lupakan balasan dunia, utamakan ganjaran Akhirat.
 Moga-moga kita tidak akan lagi dilanda kekecewaan dalam hidup, dan moga-moga Allah berasa kasihan kepada kita pada Hari Pertemuan dengan-Nya nanti.


http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1013-berilah-kerana-allah.html

Saturday, October 16, 2010

sembang - sembang

Sembang pertama

Kami bercerita tentang masa depan; nama bakal anak, ciri-ciri suami atau isteri pilihan, azam selepas berkahwin dan lain-lain lagi.

''Aku nak isteri hot dan alim'', kata seorang kawan aku.
Kemudiannya, aku menyampuk, ''Aku pun nak suami alim dan hensem (pada mata aku)''.

Siapa yang tak mahu pasangan yang baik, alim dan beriman. Semua orang mahu. Aku mahu, dia mahu, mereka mahu, kita semua mahu. Tapi, sila tepuk dada sendiri, adakah kita layak mendapat pasangan yang baik sedangkan diri kita sendiri masih berenang-renang dalam keseronokan dunia?

Allah berfirman, ''Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Allah dah berjanji kepada kita semua, pasangan kita iA baik jika kita sendiri baik. Persoalan seterusnya, bagaimanakah caranya untuk menjadi baik? Bagaimanakah seseorang itu dicop sebagai seorang yang baik? Adakah kita boleh melihat cop 'BAIK' di dahi sesetengah manusia? Pastinya cop 'BAIK' itu terletak pada tinggi budi pekerti, akhlak yang mulia, hati yang tidak busuk, patuh pada perintah Allah s.w.t dan yang paling penting, meninggalkan segala larangan-Nya.

Namun, bukanlah tujuan kita menjadi baik, semata-mata nak mendapatkan pasangan yang baik. Skop niat tersebut terlalu kecil, sebabnya kita perlu ingat apa sahaja yang kita buat dalam dunia ini, niat utama kita hanyalah semata-mata untuk Allah s.w.t.

“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. ''

Selalu dah kita mendengar takpun membaca tentang hadis 1 Imam Nawawi di atas, Allah s.w.t hanya akan memberikan apa yang kita mahu berdasarkan niat kita, tiada salahnya jika kita berniat untuk mendapatkan sesuatu balasan atas segala perbuatan kita, namun janganlah kita lupa tujuan pertama kita hanyalah untuk mendapat keberkatan dan rahmatNya.

Sembang kedua

Merokok. Satu isu yang boleh dikatakan agak kontroversi, baik dari konteks kesihatan, agama dan budaya. Aku rasa lebih daripada 50% perokok berazam untuk berhenti merokok, namun masih lagi merokok. Kempen anti merokok yang dijalankan di Malaysia, entahlah apa kesannya. Kawanku memberitahu, even model iklan kempen' Tak Nak?' adalah seorang perokok tegar.

Tipulah jika aku katakan, mahu berhenti merokok adalah semudah ABC. Aku pelajar medic, sudah pastinya tahu akan withdrawal symptoms yang akan dihadapi oleh perokok jika tidak merokok. Perkataan yang paling mudah, merokok itu addicting. Manakan tidak, pernah aku jumpa seorang mak cik tua yang sakit di hospital yang boleh menghisap rokok sehingga 60 batang sehari!

Aku pasti ramai budak lelaki yang merokok berazam untuk berhenti mencucuh sejurus sahaja lepas berkahwin. Itu satu azam yang bagus. Ya, sangat bagus. Tarikan 'External Force' iaitu sang isteri yang sangat kuat membantu si suami berhenti merokok. Selalu juga mendengar cerita sebegini. Tapi, bila difikirkan semula, berapa kerat lelaki dalam dunia ni yang merokok agak-agak 20 batang dalam sehari berhenti sejurus selepas akad nikah selesai (bagi can lah at least sebulan after nikah)?

Selagi tiada bala jatuh ke riba, selagi itu hembusan asap berkepul-kepul keluar dari mulut. Selagi tidak jatuh sakit, selagi itu kotak rokok di poket. Namun, ada lagi manusia yang masih tidak serik-serik, sakit setenat mana, rokok pasti terselit di jari.

Kesimpulan sembang 1 & 2

''Aku nak solat or puasa penuh/aku nak stop smoking/aku nak stop minum arak/aku nak pakai tudung/aku nak stop pakai sexy selepas aku kahwin inshaALLAH.''

Sekali lagi aku katakan, azam yang sangat bagus. Tapi, siapa kita yang ada kuasa untuk tentukan panjang mana hayat kita? Maknanya, jika kita tidak berkahwin hingga tua adakah bermakna kita akan melakukan dosa sehingga tua, mengumpul dosa sehingga tinggi mengalahkan gunung Everest? Naudzubillah min dzalik, apa pula jika umur kita dengan takdir Allah dipendekkan, tak sempat melangkah ke alam perkahwinan? Maut yang datang sebelum kita sempat berubah, berubah menjadi baik. Alangkah sedihnya.

Perubahan. Perubahan diri sememangnya memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Internal dan external force. Perubahan bukanlah sesuatu benda yang boleh berlaku sepantas kilat (mungkin boleh dengan izin Allah). Sedangkan, Rome bukan dibina dalam masa sehari. Perubahan sedikit demi sedikit dan berterusan adalah lebih baik dari perubahan yang drastik namun sustainability level yang rendah. Pernah dengar perkataan futur? Futur dalam bahasa ringkasnya, berhenti atau kurang dari melakukan sesuatu yang baik yakni ibadah akibat hilang semangat.

“Setiap amal itu ada masa semangat dan masa lemahnya. Barangsiapa yang pada masa lemahnya ia tetap dalam sunnah (petunjuk) ku, maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu, berarti dia telah celaka.” (Musnad Imam Ahmad, 2/158-188)

Manusia, pasti ada ups and downs nya. Namun, jangan biarkan jatuhnya semangat kita menjauhkan diri kita dari Allah s.w.t. Takutnya aku jika mendapat kecelakaan dari Allah. Takutnya lagi jika Allah akan lalaikan kita di dunia ini, dan pang! semua balasan diberikan di akhirat kelak. Takut sangat, takut sangat-sangat!

Penutup

Aku tahu, diri aku sendiri masih merangkak-rangkak dan berusaha sedaya upaya untuk berubah. Aku tak mahu perubahan diri semata-mata hanya untuk orang lain, tapi untuk kesenangan diri aku sendiri. Supaya hidup aku diberkati Allah. Aku tidak mahu berubah hanya kerana ingin berpura-pura menjadi baik, supaya orang lain memandang tinggi pada diri kita atau sekadar nak memuaskan hati orang lain.

Kekuatan untuk berubah sememangnya datang dari Allah s..w.t, tapi kita perlu tahu pemikiran kita, perbuatan kita percakapan kita dan orang sekeliling adalah antara faktor-faktor yang mendorong kita berubah.

Jom kita mulakan usaha kita sikit-sikit dan berterusan. Kita nak mantain dan juga increase the output! Kalau merokok sekarang ini sehari 15 batang, cubalah kurangkan 10 batang. Kalau sekarang baju atas punggung, mungkin selepas ini kita pakai baju paras punggung dahulu.

Tak perlu tergopoh gapah, satu langkah pada satu masa, tapi yang pastinya teruskan melangkah, jangan sesekali berhenti.

****

The Ins And Outs Of Ups And Downs.com



http://www.facebook.com/note.php?note_id=146388252047868

seorang gadis biasa bersama sekeping hati penuh luka dan rasa

aku seorang gadis biasa....
masih banyak kekurangan....
hidup, kadang tak seindah yang aku impikan..
lantaran ketentuan dan perancangan Allah itu lebih banyak manfaat dan kebaikkan...
dalam melewati hari - hari penuh liku dan ranjau...
mungkin banyak perkara yang aku rahsiakan...
masih banyak perkara yang aku sembunyikan...
mungkin hipokrit, namun adakah perlu, menzahirkan semua rasa - rasa sedih dan duka tentang jalanan hidupku?
bukankah masih banyak rahmat Allah yang tak putus2 buatku...
bukankah masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan lagi untukku..
dan biarlah, biarlah aku tetap menjadi gadis biasa...
yang kehadirannya mungkin tak disedari...
yang kehilngannya mungkin tak akan dicari...
namun, moga satu hari nnti, ak mampu menjadi gadis biasa dengan sekeping hati yang luar biasa..
luar biasa hebat,menerima cubaan dari PENCIPTAnya...
amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...