Friday, March 11, 2011

" 3 x 8 = 23 ! "


 ~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~

" 3 x 8 = 23 ! "

ya, mesti ada yang mempersoalkan, " 3x8=23 ?"....
dan pasti ada pula yg sibuk mencongak, sifir 8 ...
adakah mungkin, kita pernah beriya2, dan bersungguh-sungguh mpertahankan sekadar satu logik matematik, atau seumpamanya, sehingga mengorbankan nilai2 kemanusiaan lain?
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

Confucius , adalah pemikir dan ahli falsafah yg hidup di zaman 551-479 masihi yg mpunyai ramai murid yang belajar daripadanya. Salah seorang muridnya ialah Yan Hui yang merupakan murid kesayangannya dan seorang yg mempunyai keperibadian baik. Yan Hui adalah pencinta ilmu dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.
Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan melihat ramai orang berkumpul.

Dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorang pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain. Pembeli berteriak
“3x8 jumlah 23! Kenapa awak cakap 24?”

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata,
“saudara, 3 x 8 mmg  jumlahnya  24, semua  orang tahu. Tak payahlah gaduh-gaduh lagi…”
Pembeli kain yang sedang marah menuding jari ke muka Yan Hui dan berkata,
“ siapa yang minta pendapat engkau ? Kalau nak minta pendapat minta pendapat Confucius.
Benar atau salah biar dia tentukan.”


Yan Hui akur dan setuju membawa hal tersebut untuk diadili oleh Confucius – gurunya yang bijaksana.
“Baiklah kalau confucius kata awak salah, macam mana?” Tanya Yan Hui.

“Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya. Kalau awak yang salah, macam mana pula?”
Pelanggan sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.
“kalau saya salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya.”
Keduanya sepakat ats pertaruhan tersebut, lalu sama – sama berjumpa Confucius.
Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua.
Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata ,
“ betullah 3x8=23. Yan Hui kamu kalah! Berikan jawatan kamu kepada lelaki ini….”

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat  dengan gurunya.
Dengan akur dia menanggalkan topi yang melambangkan jawatannya dan diserahkan kepada lelaki tersebut, namun dia tidak puas hati. Pelanggan kain menerima topi dan jawatan tersebut , kemudian dia berlalu.

Kerana hati terluka Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga.

Confucius yang bijaksana lebih daripada faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya.

Dia berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusan keluarganya selesai.
 Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui…

“kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok. Dan apa pun yang berlaku nnti jangan sampai kamu membunuh.”
Dalam perjalanan terjadilah angin kencang, serta guruh dan kilat diikuti hujan yang sangat lebat.
Yan Hui mencari tempat berlindung, Nampak sebatang pokok tetapi tiba-tiba teringat nasihat gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak berlindung di pokok tersebut.
 Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir.
Betullah pesan guru, desis hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukkan dan rasa mendongkol di hati.
Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yang pasti sudah tidur.dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada orang berbaring di sebelah isterinnya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika Yan Hui mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring disebelah isterinya. Ternyata yg tidur disamping isterinya adalah adik iparnya, iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Keesokan pagi, Yan Hui berjumpa Confucius berlutut dan bertanya.
Melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut , hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangannya dalam persoalan yang dikemukakan.

“Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti belajar denganku.”
“Panasnya cuaca semalam itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa.
Sebab itu aku mengingatkan engkau mengenai perkara itu. Semalam kamu pergi dengan perasaan marah yang terpendam didalam hati kamu dan kamu membawa pedang. Maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatkanmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.”

“Cuba fikirkan lebih mendalam. Semalam aku mengiyakan 3x8=23 dan kamu kalah lalu kehilangan jawatanmu.
Tetapi jika aku katakan 3x8=24 benar, pelanggan kain itu kalah dan satu nyawa manusia melayang. Mana lebih berharga  dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?”
Yan Hui tertunduk. Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua perkara yang berbezaHati kecilnya mula sedar dan akur bahawa bnyak lagi yang perlu dipelajari dan difahami mengenai hakikat kehidupan.
Ada ‘kebenaran’ yang lebih tinggi daripada sekadar logic matematik.
Yan Hui meneruskan pembelajarannya dengan Confucius.



glitter-graphics.com


Kisah yang sangat menyentuh minda dan jiwa. Betullah! Tidak berbaloi kebenaran pada tahap logic matematik memadamkan kebenaran pada tahap jiwa kemanusiaan. Wajarkah setakat mempertahankan 8x3=24 menghapuskan kebenaran mengenai kasih saying, keharmonian dan kedamaian.

‘8x3’ mungkin sahaja segala hujahan-hujahan tahap IQ semata-mata mengenai peristiwa lahiriah yang berlaku, yang menjadi punca pertelingkahan – pergaduhan adik beradik, penceraian suami isteri, konflik sesama rakan sekerja, bermasam muka sesama jiran dan seumpamanya.



Sesungguhnya Confucius adalah salah seorang hamba-hamba Allah yang mnjadi tanda bahawa Allah itu Al Aziz (Maha Perkasa) dan Al Hakim (Maha Bijaksana).
Dan hakikatnya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana adalah Allah – yang Maha Esa dan Pemilik hakiki seluruh alam dan seisinya…..

Hati saya merenung…apakah ‘8x3=23’ yang pernah saya pertahankan mati-matian mungkin membuat ada nilai kebenaran lain yang ‘terkubur  dan tertimbus’.  



Ya Allah, Ya Azizul Hakim, kurniakan kepada kami kekuatan untuk memahami dan menghayati apa yang lebih utama, lebih berharga dan lebih bernilai dalam kehidupan ini agar kami dapat melalui perjalanan hidup, dan  menemui –Mu dalam keadaan redha dan diredhai……

-----> Dipetik daripada buku, odyssey segumpal hati, ya Allah akalku terhad, ilmuku dangkal…

Apakah antara pengajaran yang boleh diperolehi…?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...