~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~
Bila aku akan diuji dengan apa yang aku perkatakan...
Straight to the point..
Tentang isu couple yang memang sangat ‘hot’ dan ‘in’ dalam pasaran mudi mudi, belia remaja hari ini...
Bila aku lantang bersuara, atau bila aku menyindir, tapi beralas dan berlapikkan bunga-bunga ketawa yang dibuat-buat...
Situasi hari ini, bahkan disini sebenarnya amat sukar..
Boleh dikatakan kalau nak buat statistic secara rawak, dalam 4 orang girls kat sini,
3 daripadanya adalah berstatus in relationship atau bahasa lainnya mmg couple...
dan maknanya dalam 4 orang tu, seorang je lah yang tak couple....
tak kisah la,
1. sebab mmg tak nak couple
2. tak jumpa yg sesuai dengan taste atau
3. mmg takde sape yang nak couple dengan dia.. :D
Kadang- kadang, bila berdiri sendiri mmg susah jugak....
Bukan susah apa, susah nak menegakkan perkara yang benar....
contoh bila kita bercakap, nobody to back up us...
bila kita cakap tentang sesutau yang hanya kita tak buat, tapi semua orang lain buat, siapa yang suka, siapa yang sokong?
bila kita cakap tentang sesutau yang hanya kita tak buat, tapi semua orang lain buat, siapa yang suka, siapa yang sokong?
Takde siapa..... J (adelah, Allah! ^_^)
Adakah maknanya bila kita menegur tentang budaya couple,
tingkah laku orang yang couple atau sebagainya, maknanya kita sedang berbangga dan mendabik dada mengakui kita ni ‘BAIK GILER’ sebab kita tak couple....?
tingkah laku orang yang couple atau sebagainya, maknanya kita sedang berbangga dan mendabik dada mengakui kita ni ‘BAIK GILER’ sebab kita tak couple....?
Adakah itu tanggapan atau persepsi orang pada kita....??
Secara jujur, bila menegur atau berkias kias perli memerli bab-bab couple ni,
bukan sebab kita nak bangga yang kita ni tak couple, atau sebab kita nak kutuk kawan-kawan yang couple tu...
Tapi sebab kadang-kadang, cara lain, memang dah tak jalan..Dah imun kot...
Artikel nasihat? Dah tak dapat nak menyentuh ke dasar hati ~ ayat ke ayat dan baris ke baris yang dibaca hanya singgah dibibir mata....
Hujah hujah? sudah tak nak dengar lagi hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..itu kira baik lah sempat jugak masuk lubang telinga...kalau ada yang tutup telinga, tak bagi chance masuk langsung, macam mana?? J
Kadang-kadang, dalam gelak ketawa, sembang-sembang, diselitkan teguran teguran yang mungkin disalah erti, kita ni cakap besar kot...
“orang couple ni, selalu sangat jumpa, tak bosan ke?” ( kot dia faham, asyik2 jumpa, meluat aku!) --> nk tegur, jangan la selalu sangat jumpa, tak elok.~
“ orang couple ni, tangan tak lekang dari hp, asyik sms je”
“bersembang hari-hari, tak bosan ke?” .--> nk tegur, kurang kurangkan la bergayut-gayut tu...
Dan kemudian, segala perlian atau pertanyaan yang sebenarnya ingin menyuntik kesedaran itu dijawab dengan ayat..
Jujur, bila disalah anggap, memang terasa pedih dan sedih....
“ takpelah, tengoklah bila kau couple nanti mcam mana...hehe...”*** dush..dush..rasa macam kena hempap dengan dahan kayu lepas tu kena hempap dengan buah kelapa pulak...sentap..sakit.! ;')
Jujur, bila disalah anggap, memang terasa pedih dan sedih....
Meluahkan kebenaran itu terkadang susah dan perit rasanya...
Lebih- lebih lagi dengan kawan kawan sendiri atau individu yang lebih dewasa...
Ayat - ayat yang menimbulkan kebimbangan seperti
“kau belum rasa lagi, kau tak faham..”
Heh?? Adakah dia sedang berharap mendoakan saya terjebak sama dalam budaya couple...
Harapan dia, Biar saya rasa, baru saya faham perasaannya, yang membara dan meluap-luap cinta pada seorang lelaki?
“ eleh, cakap orang, takpe tengoklah kau nanti macammana...”
Mungkin mmg tak berniat apa-apa..
Tp pernytaan itu seolah olah kerana tak dapat menerima teguran..?
Adakah maksud sebenarnya dia mmg berharap saya juga nanti akan bercouple?
“ takpelah, tengoklah nanti klu kau couple mcm mana, entah2 lagi teruk...” ??
Astaghfiruhalazim...sesungguhnya hanya kepada Allah saya mohon perlindungan....
Astaghfiruhalazim...sesungguhnya hanya kepada Allah saya mohon perlindungan....
Wallahualam itulah rahsia hati manusia...dan saya sedaya upaya cuba untuk berlapang dada dan mengelak prasangka...
Soal couple, ada yang kata boleh, ada yang kata haram... |
Tapi nilailah kembali, jika kita bercouple : ...
Dan mengaku bahawa couple itu tak salah...
Tak salahkah bila berdua-duaan?
Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan." [HR Muslim]
Tak salahkan bila selalu benar bergayut menelefon hingga ke tengah-tengah malam?
begitu mudahnya wanita tersebut memperdengarkan suara mereka yang bak buluh perindu, tanpa ada rasa takut kepada Allah s.w.t. Padahal Dia telah memperingatkan, yang bermaksud:
.... Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzab: 32)
Tak salahkah bila mata tidak dijaga, tiada istilah menundukkan pandangan, malahan saling tatap menatap penuh kecintaan dan kerinduaan?
Tak salahkah, bila berhias dan bersolek untuk bertemu dengan kekasih tercinta?
Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [TMQ an Nisa'24:30-31]
Tak salahkah bila bukan sahaja mata yang merayap, bahkan tangan juga menjalar dan merayap rayap?
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (HR At-Tabrani dan Baihaqi)
sabda Nabi s.a.w. :
” Sekiranya seseorang bersesak dengan babi, berlumuran dengan lumpur atau tanah kotor, maka ianya adalah lebih baik dari bergesel bahu dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. “
” Sekiranya seseorang bersesak dengan babi, berlumuran dengan lumpur atau tanah kotor, maka ianya adalah lebih baik dari bergesel bahu dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. “
( Petikan dari Hadis Riwayat Tabrani )
Tanyalah diri, tak salahkah?
Saya tak couple. Saya berlagak? Saya cakap besar?
Jujur sebenarnya, terkadang, bila perli atau meluahkan rasa tak kurang senang dengan insan yang bercouple itu,bukan bangga diri dan ujub yang timbul, tp rasa bimbang dan takut....
Bimbang, takut, apa yang aku perkatakan akan terjadi ke atas aku..
Bimbang andai apa yang aku larang dan tetang hari ini, itulah yang aku lakukan kemudian hari...
tapi kemudian, saya kembali bertanya pada diri;
tapi kemudian, saya kembali bertanya pada diri;
Q : Kenapa mesti bimbang?
A : Kerana iman sifatnya bertambah dan berkurang, ditambah dengan dunia yang banyak pancaroba dan
Juga aku bimbang, kerana terkadang hati dan perasaan terlepas juga dri kawalan, kerana cinta adalah fitrah...bukan menggoda, bukan dipinta, tapi menjelma jua...dan kerana,
Cinta adalah fitrah buat manusia....rasa ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah perkara lumrah....
Takut juga kerana teringat amaran Allah :
Allah, cukuplah itu sebagai amaran dan peringatan, bila menegur orang jangan sampai kita sendiri melakukan apa yang kita tegur itu...يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2)
(61:2) O you who have believed, why do you say that which you do not do?
--------------------------------------------------------------------
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61:3)
(61:3) Most hateful it is in the sight of Allah that you should say that which you do not do.
Dan sahabat, sungguh bukan niat aku seorang hamba, mendabik dada, mengatakan aku ini tak bercinta, bila niatku hanya ingin kau membuka sedikit matamu, melihat kebenaran yang terbentang....
Dan “Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!” ~ Genta Rasa ~
Bukan maknanya Allah sedang menghinakan kita dimata manusia!!
Bila kita diuji dengan apa yang kita selalu katakan....
bukanlah kerana manusia tadi yang mendoakan kita supaya merasa apa yang dia rasa,
tapi kerana Allah yang memilih kita!
bukanlah kerana manusia tadi yang mendoakan kita supaya merasa apa yang dia rasa,
tapi kerana Allah yang memilih kita!
Disinilah Allah akan uji, keikhlasan dan keteguhan iman kita..
Adakah apa yang kita katakan hanya sekadar buah buah bicara yang lahir dibibir,
atau akan menjadi suatu pegangan yang dizahirkan melalui tindakan dan perbuatan?
Jangan cakap besar! Nanti kena batang hidung sendiri baru tahu??
Kenapa kita harus menyempitkan akal dan hati, dengan beranggapan orang yang menegur itu adalah orang yang cakap besar dan berlagak?
Kenapa tidak kita cuba melihat teguran dari suduut positif, untuk mengingatkan kita?
dan kamu, ya kamu yang berbicara, sungguh berhati-hatilah dalam bicaramu!
luruskan niat dalam menegur, bukan untuk mendabik dada, bukan pula mencari salah orang lain..
kerana, kamu akan diuji dengan apa yang kamu perkatakan!
contoh, dalam pelajaran, kita boleh mencanang satu kolej, nak berjaya, nak dapat 4 flat, dan bla bla bla...tp adakah kita nak biar semua itu cuma menjadi kata-kata yang dicanang-canang?
atau kita akan memaksa diri, usaha mencapai sasaran dan target, menjadi pelajar cemerlang?
atau akan menjadi suatu pegangan yang dizahirkan melalui tindakan dan perbuatan?
Jangan cakap besar! Nanti kena batang hidung sendiri baru tahu??
Kenapa kita harus menyempitkan akal dan hati, dengan beranggapan orang yang menegur itu adalah orang yang cakap besar dan berlagak?
Kenapa tidak kita cuba melihat teguran dari suduut positif, untuk mengingatkan kita?
dan kamu, ya kamu yang berbicara, sungguh berhati-hatilah dalam bicaramu!
luruskan niat dalam menegur, bukan untuk mendabik dada, bukan pula mencari salah orang lain..
kerana, kamu akan diuji dengan apa yang kamu perkatakan!
contoh, dalam pelajaran, kita boleh mencanang satu kolej, nak berjaya, nak dapat 4 flat, dan bla bla bla...tp adakah kita nak biar semua itu cuma menjadi kata-kata yang dicanang-canang?
atau kita akan memaksa diri, usaha mencapai sasaran dan target, menjadi pelajar cemerlang?
Dan jangan takut!
Jangan pernah mengalah, mengatakan yang benar,
walau bagaimana pun akan disambut semua "kata-kata atau doa" seperti itu....
walau bagaimana pun akan disambut semua "kata-kata atau doa" seperti itu....
Jangan takut ditimpa ujian yang sama!
mohonlah dijauhkan dari keburukkan, namun jangan kau menjauhkan diri dari menunjukkan kebenaran...
mohonlah dijauhkan dari keburukkan, namun jangan kau menjauhkan diri dari menunjukkan kebenaran...
Yakinlah diri, kuatkan hati, insyaAllah, kau pasti mampu melalui..!
Pasti, kerana yang menimpakan ujian itu adalah Allah dan yang berkuasa menolongmu juga adalah Allah..bukan manusia..lantas, mengapa takut dengan bicara manusia, sedangkan DIA yang yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu?
p/s : apa apa pun, bila ada yang menegur kita, belajarlah berlapang dada..dan apa apa pun, dia tetap kawan kita, yang menegur atau yang ditegur, itukan kawan kita..yang pernah berkongsi suka duka, lantas, kenapa tidak mendoakan yang baik-baik? :)
~ya Allah, bantulah aku, tuntunilah langkahku, kuatkan hatiku, dan teguhkan imanku.. ~Ya Allah bantulah aku, jauhkanlah aku dri sifat ujub riak dan takabbur ,Jangan KAU uji aku dengan apa yang tidak mampu aku tangani...sungguh aku sangat percaya pada janjiMU, tiadalah sebarang ujian itu melebihi kemampuanku...Andai ujian itu tiba suatu hari nanti, bimbainglah aku mencari jalan keluar yang sebaik baiknya....
p/s : apa apa pun, bila ada yang menegur kita, belajarlah berlapang dada..dan apa apa pun, dia tetap kawan kita, yang menegur atau yang ditegur, itukan kawan kita..yang pernah berkongsi suka duka, lantas, kenapa tidak mendoakan yang baik-baik? :)
No comments:
Post a Comment