Showing posts with label buatmu hawa. Show all posts
Showing posts with label buatmu hawa. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

saya sedih kerana tak mampu menegur.


~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~


kamu..
ya kamu..
tahukah?
begitu banyak yang ingin aku katakan padamu..
betapa begitu banyak yang aku tahu namun tak pernah aku sampaikan pada kamu.
betapa begitu banyak yang ingin aku tegur, namun tak pernah aku suarakan pada kamu.
begitu banyak perkara yang terlalu lama aku simpan. aku pendam. aku diamkan.

kamu..
ya kamu..
tahukah?
betapa kamu sangat indah dimataku.
betapa aku sangat mengagumi mu.
betapa aku sangat menyayangi mu.
namun tahukah kamu?
bila kamu mengupload gambar-gambar mu di facebook,
aku sedih,
sedih kerana tak mampu menghalang..
sedih kerana tak mampu melarang...
aku jadi cemburu..
bukan cemburu kerana tidak ada lelaki yang mengenaliku.
bukan cemburu kerana melihat bilangan like dan komen2 pada pose2 manja fotomu..
bukan..
bukan..
jangan salah anggap rasa sedihku.
jangan salah tafsir rasa cemburuku.
aku sedih melihat kamu begitu.
mempamer diri dikhalayak ramai.
memperlihatkan keindahan dan kecantikkanmu pada yang tak punya hak.
tahukah?
apa rasanya, melihat rakan-rakan mengupload gambar-gambar mereka di facebook?
betapa sangat menguris hati, melihat tingkah mereka.
betapa sangat 'heart breaking'nya hanya diam dan tak mampu menegur mereka.
bukan tiada nota yang dishare menghurai panjang lebar tentang hukumnya,
bukan tiada status yang mengingatkan dan yang melarang.
namun segalanya bagai angin lalu...
sahabat,
mengapa begitu?
mengapa mengabaikan teguran?
mengapa tak mengendahkan peringatan?
mengapa tega, membuat tak endah?
mengapa sanggup menafikan rasa bersalah?
saya tahu,
sedikit sebanyak kamu terasa.
saya tahu,
sedikit sebanyak rasa bersalah, rasa berdosa,
itu pasti hadir dalam jiwamu,
pasti terselit dalam kalbumu.
pasti ada..
saya yakin,
hati kamu belum keras seperti batu.
belum tertutup rapat..
saya yakin,
dan saya harap, saya doakan suatu hari nanti,
kamu akan sedar...

~ sangat sedih lihat kamu upload gambar di facebook untuk tontonan ramai ~

Saturday, May 14, 2011

hawa, jangan berkecil hati...


~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~

hawa,
jangan berkecil hati saat ada laki-laki yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga diri.
andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong, menjual mahal.
maka biarlah. dan diamkanlah..
jangan kau terasa hati,
lantas memurahkan diri..
jangan hawa.
jangan begitu mudah berpaling.
jangan begitu mudah berubah arah.

laki-laki.
maaflah bila kami bukan jenis yang happy go lucky.
maaflah bila kami bukan jenis yang bubbly.
maaf juga bila kami jenis yang pendiam.
membosankan bila diajak bicara.
tidak up to date dipandangan mata.
tidak mempersona.
dengan cara dan gaya.

maaf.
bila itu menjengkelkan kamu.
bila itu bukan pilihan kami.
bila kami memilih untuk menjauh.
bila kami memilih untuk menjarak.
bukan kerana kami menyombong.
tapi kerana kami takut.
menjadi fitnah buat kamu,
tanpa kami sedari..
tapi kerana kami bimbang.
menjadi pelemah iman laki-laki ajnabi tanpa kami sedar diri.
laki-laki,
andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami ;
membentengi diri,
membina tembok melindungi hati..
jangan tersalah tafsir tingkah kami.
sungguh menjadi fitnah buat laki-laki adalah ketakutan dan kebimbangan yang selalu mengekori kami…

Wednesday, March 9, 2011

Wanita Yang Cantik


 ~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~


click picture to enlarge :)

Wanita itu cantik bilamana dia:
1. Melukis kekuatan melalui masalahnya..
2. Tersenyum di saat tertekan..
3. Tertawa di saat hati sedang menangis..
4. Tabah di saat terhina..
5. Mempersona krn memaafkn...
6. Mengasihi tnpa meminta balasan..
7. Brtambah kuat dlm doa & pengharapan Ilahi...



Tuesday, March 8, 2011

Beritahu pada muslimah itu

 ~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~




click picture to enlarge :)
  

.❤...❤...❤...❤...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca , menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana kita dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu,
sebahagian daripada iman..


...❤...❤...❤...❤...❤...❤..



Monday, March 7, 2011

Kaca Yang Berdebu




~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~



click picture to enlarge :)



Kaca Yang Berdebu

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah
...
Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda

Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran

Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya

Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman

~ Maidany ~

Sunday, February 13, 2011

you jangan malukan i boleh tak?


~~~ ku biar pena berbicara, kerana selalu benar, lidahku kelu tanpa kata, sedang hati merintih hiba... ~~~~


astaghfirullahalazim…...mengucap panjang je i bila jumpa yang pakai macam nie...
sedih tau tak? sedih ni, kenapa perempuan Melayu yang mengaku Islam, buat mcam  ni?



ok, firstly, i mintak maaf la....

mintak maaf apasal?

yelah mintak maaf sebab nak menyibuk hal you..
busy body about urself yang i tak kenal pun..
but then, u nie, nmpak mcm makin teruk dan melampau,
so then i nk mntak tolong, u tolong jgn malukan i boleh tak??


you means?

mksud i...
boleh tak u tolong la jangan pakai baju ketat2?
yelah, memang you pakai tudung, but then, kalau nampak semua lekuk dan keluk kat badan tu,
apa fungsinya tudung you?
tudung is not just a piece of cloth yang you letak atas kepala tau!


boleh tak?

but why??
badan i kan...
suka hati i la....
bukan i kacau orang pun...

heh? tak kacau orang?
menganggu dan menyemak pandangan tu dengan pakaian yang menjolok mata, tak kacau orang ke?

buat lelaki tertoleh-toleh, terbeliak mata tu tak kacau orang ke?

buat lelaki tergugat iman, tertambah  dosa, tu tak kacau orang ke?

buat perempuan lain tergugat keselamatan tu tak kacau orang ke?

buat perempuan lain dipandang seperti simbol seks, barang murah yang boleh ditenung, direnung tu tak kacau orang ke?

buat perempuan lain pulak yang jadi mangsa pelampias nafsu seks lelaki yang tak kesampaian dek kerana tengok body you tu, tu tak kacau orang ke?

buat orang lain pun sama tanggung dosa sebab tak tegur you, hello, tu tak kacau orang ke?!!?

serius, i tanya ni, semua benda tu tak kacau orang ke?


suka hati u?
oh, yelah, sekarang, you cakap suka hati you lah...nanti kat sana you jugak yang nak tahan i kan nak tanya, kenapa i tak nasihatkan you kat dunia...


badan you? sape yang bagi badan tu kat you?
you buat sendiri ke? ke you beli kat mana2 ke?
 u sendiri tau kan aset u tu, kurniaan Allah, Allah bagi pinjam je pon..
pinjam je kan...you sedar diri tak, yang you pinjam je?
dah pinjam free free, lepas tu, salah gunakan pulak.....
nanti kat SANA esok Allah claim balik tau!
Allah tanya apa yang you buat dengan aset you tu...
tak takut eh?


but then, bila masa pulak yang i ni malukan you?!?!
you nie mengelabah betul la!!!
we dont even know each other ok!!!

astaghfirullahalazim…...sabar2.....
ok..ok...
yes, we dont even know each other, but then we are muslim rite?
islam itu bersaudara...

you buat i malu tau..
malu dengan semua lelaki lelaki yang menuding jari,
menyalahkan kaum perempuan yang tak tahu menjaga diri ni...
macam mana i nak membela kaum hawa, kalau kaum hawa sendiri tak mahu jaga diri?
sekarang semua lelaki salahkan perempuan, perempuan tak malu lah, perempuan pakai baju ketat, perempuan pinjam baju adik, perempuan tayang badan free-freee....

 you buat i malu dengan kawan-kawan non-muslim i yang tanya,
kenapa you pakai macam ni, diaorang siap tanya,
you ni tak takut dosa ke...
ishk. i diam, terkelu tanpa kata...
tak kan you nak i jawab, dia tu tak takut Allah...


you buat i malu dengan adik-adik, kanak-kanak, yang menutup aurat...
bila budak-budak tu tanya,
kakak, kenapa kakak tu pakai baju kecik?

i tengok you, i malu...
malu sebab you perempuan macam i...
i tengok you, i sedih...
sedih sebab you gadaikankan perhiasan yang patutnya tersimpan rapi, dirahsiakan...

boleh tak you tolong i?
tolong la...
tolong jaga diri baik-baik...
yang paling rugi, bukan bila tak ada orang sayang you...
tapi bila you tak sayang diri sendiri...
yang paling malang, bukan bila tak ada orang tak pandang you bila you menutup aurat..
tapi bila Allah tak pandang you, bila you berpakaian tapi telanjang...


you pakai baju ketat yang kecik, tu bukan tutup aurat, tu namanya balut aurat..
you pakai seluar yang muat-muat, ketat, nampak underwear, pakai legginglah...
apa semua tu you?
macam balut buah nangka je, ketat, cukup-cukup, muat-muat...
kenapa you buat kat diri sendiri macam tu?
tak sayang ke kat diri sendiri?





sayang lah diri sendiri...hargai nikmat kurniaan Ilahi....kerana kau perempuan ISLAM...dirimu begitu berharga....

~~~ Bila Mata Tidak Dijaga ~~~





Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
sebelumnya, maaf, penulisan ini, bukan mahu menjatuhkan sesiapa, saya bukan mahu menuding jari disini.
dan bukan pukul rata berbicara ttg semua lelaki...
bukan pula mahu semata2 membela wanita..
bacalah dengan hati yang terbuka...
ia sekadar perkongsian dri saya, hasil pemerhatian dan pgalaman peribadi.
dan selepas membaca ini, andai ada yg tak kalian fahami, dan tak puas hati,
saya mohon terlebih dahulu, rujuk la penjelasan saya disini
http://www.facebook.com/notes/huda-nadira/bila-saya-gatal-tangan/458238308106
supaya niat saya tak disalah erti.....


tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?" subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini" aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?


apabila lelaki tak jaga mata..
memanglah..alasan paling tak sedap dengar yg lelaki bagi :
 
"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"
"normallah tu, huda, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... aish.. :D."
"klu tak suka, something wrong somewhere."
" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"
"free show sapa tak nak?" "tengok je, bukan buat apa.."
"tengok je, tak luak la."
"tengok je, tak sentuh pun.."
"tengok je, tengok je, tengok je." 

astaghfirullahalazim.ayat yang memang la sgt mengerunkan saya,
seorg perempuan..

ya Allah!
apa je yang ditengok tu? 
kalau AL QURAN tu, jgn kata baca, tengok dah dapat pahala,
aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,
usik dan lain2 yang tak snggup sebut disini,
TENGOK sahaja dah dapat DOSA.
ulang tulis DOSA!
TENGOK = DOSA!
percuma2, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.
senang je. seronok ke kumpul dosa mata?


mangucap panjang saya, dan tergeleng2 lah kepala mendengar dan menulis ayat2 nie.
beruntunglah telinga2 yg xpernah mndengarnya dan
amat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan
berbahgialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 sperti ini...

apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda.
siapa kata, perintah menundukkan pndgan hnya utk perempuan?
ayat AL QURAN

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka                                 ( Surah An-Nur : ayat 30,31) 
 lihat ini pula :
Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata :
 Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.” 

 Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”  

Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa pandangan secara tidak sengaja
 ( yang pertama) berlaku tanpa niat daripada orang yang memandang. 
Maka dia tidak dikira berdosa selagi tidak berlaku secara sengaja dengan niat di hatinya, lantas pandangan kedua yang mengikuti pandangan pertama dikira berdosa kerana sengaja.

 Justeru, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW menyuruh memalingkan pandangan apabila terpandang secara tidak sengaja dan tidak merenung lama kerana merenung lama sama seperti mengulangi pandangan.  Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”
 see? bukan saya kata ni, ni perintah Al-quran ni....
perintahNYA utk dua2, LELAKI dan PEREMPUAN tak terkecuali.

LELAKI, lelaki2..
perempuan itu makhluk yg sgt menarikkan?
saya mmg nk tergelak bila lelaki puji perempuan yg cantik dgn komen 
" subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya? :)
jgn marah ya....

lelaki, lelaki,
perempuan itu ciptaan yg sangat cantik dan indah bukan?
jangan tipu saya dan jgn tipu diri dengn mnjawab TIDAK!
ya, sebab perempuan itu adalah perhiasan dunia yang sgt indah.
hiasan yg boleh mbawa pahala atau hiasan yg boleh menambah catatan dosa dan lgsung mngheret ke neraka!
maka, jagalah pendangan!
janganlah suka benar,
membuka profile perempuan2 yang mengupload gmbar awek2 cun yang putih melepak,
yg senyum manis, yang berlesung pipit, yg bmata kuyu, bundar, bulat,
yang posing maut yang pakai baju cantik,
yg mnggayakan tudung dan mcm fesyen...dan apa lagi? 
TAK PERLULAH.

kenapa kamu nk bukak semua tu?
kalau pun tak mahu menegur, jangan masuk join saham mengalakkan...
lantak diaorg la nk upload apa pun....
yg kamu nk join usahasama kumpul dosa tu kenapa?
saja la, nk tengok....dah diaorg tunjuk...
Allah!
kamu lelaki, perlukah tengok semua tu?
cuci mata ya? cuci mata dgn pakej tmbah dosa?





kamu berlagak itu biasa, oh sekadar gmbar, tak mbawa mkna apa2, namun sebenarnya,
bila kamu buka tu, kamu suka tengok.
kamu senyum
kamu puji, cantik.
kamu like.
kamu komen.
kamu kirim salam.
dan kamu akan bukak balik!
dan jgn tipu, klu kamu kata kamu tak ada niat apa2.
jangan tipu, kata kamu tak rasa apa2.

tapi, kalau mahu terus menipu diri, silakan.
cuma kat SANA nanti, kamu dah tak boleh tipu lagi.
janganlah cemarkan amal kamu, solat kamu,
zikir kamu, tasbih kamu, pahala jdi imam dan bilal  kamu,
semata2 kerana sepasang mata yang memandang kami yg hina dina ini,
melihat kami yg menjadi fitnah ini, T_T
memuji kami, perhiasan dunia yg fana ini...
janganlah.....

lihatlah sekadar yg perlu, dan bukan semahu2 kamu..
bila ada urusan, bila ada keperluan,
bukan bila ada je yg lalu, semua pun kamu tengok...
munkin dia xsedar dprhatikan kamu, tp Allah tahu, malaikat pun dah masuk 'buku'.

tunduklah ya. xpayah smpai langgar tiang.
 xpayah la jalan tutup mata.
cukuplah sekadar tak melihat ke sini sana. atas bawah.
tengok sekali pastu toleh lagi.
tengok atas bawah pulak, pastu ikut pulak smpai hilang dri pndgan.
perhati setiap inci.
tak kisahlah, alam maya ke alam realiti.
jagalah mata.
dari saya , hambanya yang hina, bnyak khilaf dan dosa.
terpulanglah kalau kamu nk terasa, tp jgn marah ya....
sebab saya lebih berhak utk marah, bila kamu tengok saya!

IKLAN GODAAN SYAITAN(menjaga pandangan)
http://www.facebook.com/video/video.php?v=171410682887274


catatan ini seharusnya merujuk kpd  wanita yg berpakaian sopan,bukan yg berpakaian tp telanjang, dan bukanlah saya membela dan mengalakkan pendedahan aurat! bila nampak muka dan telapak tangan pun masih diperhatikan, saya sebenarnya rasa amat terkilan. dan lelaki2 ini merujuk pada yg melihat perempuan2 walhal perempuan2 itu sudah tertutup.



Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
info buat muslimah :
ANJURAN SURAH AN-NUR BUAT MUSLIMAH
http://www.facebook.com/note.php?note_id=101129033291694&id=100000661713136



nota ini asalnya dipost disini
 : http://www.facebook.com/notes/huda-nadira/apabila-lelaki-tak-jaga-matatengok-je-xpe/452518078106
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...