Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Malaikat maut memerhati wajah manusia 70 kali dalam sehari

 ~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~


MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba.
Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)


BERSEMADI…alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.

SEDIH…kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari?

Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”


Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna.
Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.

Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

“Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

“Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

“Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

“Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian,” katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.

“Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

“Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah,” katanya

sumber : SINI

Friday, March 11, 2011

" 3 x 8 = 23 ! "


 ~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~

" 3 x 8 = 23 ! "

ya, mesti ada yang mempersoalkan, " 3x8=23 ?"....
dan pasti ada pula yg sibuk mencongak, sifir 8 ...
adakah mungkin, kita pernah beriya2, dan bersungguh-sungguh mpertahankan sekadar satu logik matematik, atau seumpamanya, sehingga mengorbankan nilai2 kemanusiaan lain?
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

Confucius , adalah pemikir dan ahli falsafah yg hidup di zaman 551-479 masihi yg mpunyai ramai murid yang belajar daripadanya. Salah seorang muridnya ialah Yan Hui yang merupakan murid kesayangannya dan seorang yg mempunyai keperibadian baik. Yan Hui adalah pencinta ilmu dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.
Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan melihat ramai orang berkumpul.

Dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorang pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain. Pembeli berteriak
“3x8 jumlah 23! Kenapa awak cakap 24?”

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata,
“saudara, 3 x 8 mmg  jumlahnya  24, semua  orang tahu. Tak payahlah gaduh-gaduh lagi…”
Pembeli kain yang sedang marah menuding jari ke muka Yan Hui dan berkata,
“ siapa yang minta pendapat engkau ? Kalau nak minta pendapat minta pendapat Confucius.
Benar atau salah biar dia tentukan.”


Yan Hui akur dan setuju membawa hal tersebut untuk diadili oleh Confucius – gurunya yang bijaksana.
“Baiklah kalau confucius kata awak salah, macam mana?” Tanya Yan Hui.

“Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya. Kalau awak yang salah, macam mana pula?”
Pelanggan sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.
“kalau saya salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya.”
Keduanya sepakat ats pertaruhan tersebut, lalu sama – sama berjumpa Confucius.
Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua.
Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata ,
“ betullah 3x8=23. Yan Hui kamu kalah! Berikan jawatan kamu kepada lelaki ini….”

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat  dengan gurunya.
Dengan akur dia menanggalkan topi yang melambangkan jawatannya dan diserahkan kepada lelaki tersebut, namun dia tidak puas hati. Pelanggan kain menerima topi dan jawatan tersebut , kemudian dia berlalu.

Kerana hati terluka Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga.

Confucius yang bijaksana lebih daripada faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya.

Dia berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusan keluarganya selesai.
 Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui…

“kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok. Dan apa pun yang berlaku nnti jangan sampai kamu membunuh.”
Dalam perjalanan terjadilah angin kencang, serta guruh dan kilat diikuti hujan yang sangat lebat.
Yan Hui mencari tempat berlindung, Nampak sebatang pokok tetapi tiba-tiba teringat nasihat gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak berlindung di pokok tersebut.
 Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir.
Betullah pesan guru, desis hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukkan dan rasa mendongkol di hati.
Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yang pasti sudah tidur.dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada orang berbaring di sebelah isterinnya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika Yan Hui mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring disebelah isterinya. Ternyata yg tidur disamping isterinya adalah adik iparnya, iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Keesokan pagi, Yan Hui berjumpa Confucius berlutut dan bertanya.
Melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut , hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangannya dalam persoalan yang dikemukakan.

“Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti belajar denganku.”
“Panasnya cuaca semalam itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa.
Sebab itu aku mengingatkan engkau mengenai perkara itu. Semalam kamu pergi dengan perasaan marah yang terpendam didalam hati kamu dan kamu membawa pedang. Maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatkanmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.”

“Cuba fikirkan lebih mendalam. Semalam aku mengiyakan 3x8=23 dan kamu kalah lalu kehilangan jawatanmu.
Tetapi jika aku katakan 3x8=24 benar, pelanggan kain itu kalah dan satu nyawa manusia melayang. Mana lebih berharga  dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?”
Yan Hui tertunduk. Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua perkara yang berbezaHati kecilnya mula sedar dan akur bahawa bnyak lagi yang perlu dipelajari dan difahami mengenai hakikat kehidupan.
Ada ‘kebenaran’ yang lebih tinggi daripada sekadar logic matematik.
Yan Hui meneruskan pembelajarannya dengan Confucius.



glitter-graphics.com


Kisah yang sangat menyentuh minda dan jiwa. Betullah! Tidak berbaloi kebenaran pada tahap logic matematik memadamkan kebenaran pada tahap jiwa kemanusiaan. Wajarkah setakat mempertahankan 8x3=24 menghapuskan kebenaran mengenai kasih saying, keharmonian dan kedamaian.

‘8x3’ mungkin sahaja segala hujahan-hujahan tahap IQ semata-mata mengenai peristiwa lahiriah yang berlaku, yang menjadi punca pertelingkahan – pergaduhan adik beradik, penceraian suami isteri, konflik sesama rakan sekerja, bermasam muka sesama jiran dan seumpamanya.



Sesungguhnya Confucius adalah salah seorang hamba-hamba Allah yang mnjadi tanda bahawa Allah itu Al Aziz (Maha Perkasa) dan Al Hakim (Maha Bijaksana).
Dan hakikatnya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana adalah Allah – yang Maha Esa dan Pemilik hakiki seluruh alam dan seisinya…..

Hati saya merenung…apakah ‘8x3=23’ yang pernah saya pertahankan mati-matian mungkin membuat ada nilai kebenaran lain yang ‘terkubur  dan tertimbus’.  



Ya Allah, Ya Azizul Hakim, kurniakan kepada kami kekuatan untuk memahami dan menghayati apa yang lebih utama, lebih berharga dan lebih bernilai dalam kehidupan ini agar kami dapat melalui perjalanan hidup, dan  menemui –Mu dalam keadaan redha dan diredhai……

-----> Dipetik daripada buku, odyssey segumpal hati, ya Allah akalku terhad, ilmuku dangkal…

Apakah antara pengajaran yang boleh diperolehi…?

Tuesday, March 8, 2011

~ Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin ~

~ aku biarkan pena berbicara, kerana lidahku kelu tanpa kata ~



Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin
Bertemu dan Berpisah KeranaNya.



~ ~ sedih, artikel yang sangat tepat, mengambarkan segala rasa dalam hati. ~ ~





“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan.
Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU,
maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.


 KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan
dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan.

Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan.
Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”


Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia,
tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya.
Dan dia duduk seketika bersama kita,
 menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya.

Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.
Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya.

Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa.
Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.


Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan.
 Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.


Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta.
Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela.
Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa,
apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.
Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna.
Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin.

Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :
"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


sumber : iluvislam
 post asal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...